Seminar Kearifan Tempatan : Pertukangan Membuat Jong dan Tradisi Lumba Jong

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 11 окт 2024
  • Wawancara bersama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Negeri Johor
    Satu ketika dahulu, orang Melayu cukup terkenal dengan kehebatan dalam aspek pelayaran. Orang Melayu juga berkemahiran dalam pembuatan sampan, kapal layar, bahtera serta jong. Kita juga pernah mendengar kajian bagaimana Panglima Awang, seorang Melayu yang dikatakan orang pertama mengelilingi dunia dengan kapalnya.
    Bagi masyarakat Melayu khususnya nelayan di Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor telah mengambil inspirasi kehebatan ilmu pelayaran nenek moyang mereka dengan menjadikan jong sebagai permainan tradisional di masa lapang. Jong dimainkan di sungai dan laut malah pernah dipertandingkan di peringkat antarabangsa.
    Jadi, untuk mengetahui selanjutnya berkenaan Jong, jangan ketinggalan untuk mengikuti slot wawancara “Seminar Kearifan Tempatan : Pertukangan Membuat Jong dan Tradisi Lumba Jong” secara langsung melalui Facebook JKKN Johor pada Isnin, 7 Disember 2020 jam 10:00 pagi.
    Bersama moderator Tuan Haji Yunos Ab. Bakar, dari Majlis Kebudayaan Negeri Johor, dan dua orang panel iaitu:
    1. Tuan Haji Mohd Lazim bin Atan
    (Pembuat & Pemain Jong di Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor).
    2. Puan Ar. Norshahida binti Azili
    (Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina & Ukur, Universiti Teknologi Malaysia).

Комментарии •